Wednesday, December 29, 2010

apa itu FOREX ????...mohon penjelasan dari semua...

apa itu FOREX ???....mr ej tak beberapa faham...kawan2 mr ej ckp boleh buat income lebih dari gaji skunk.....but bagaimana ???.... sebahagian daripada korang ade yang tahu tak ?....mohon pandapat pandangan daripada korang semua ???....kalau korang ade teknik2 yang menarik kongsi2 lah.....mane tahu sesuai...boleh kite trade sama2 betoL !!!......

tgk benda alah nieyh mcm tgk batu....tak taw nk buat ape n tak faham langsung.....

* themrej.blogspot.com *

Tuesday, December 28, 2010

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Assalamualaikum......pertama kali mr ej terbaca Artikal nieyh hati mr ej tersentuh.....memang sangat2 betol ape yang ade blm artikal nieyh....entah lah...kita manusia biasa nieyh selalu melakukan sesilapan but...xpernah or susah nk mengaku yang kita dah buat kesalahan biarpon dalam keadaan sedar ataupon tidak....manusia2 selalu leka n lalai dengan haL keduniaan...tak payah susah2 nk tonjoLkan diri kepada orang laen tonjoLkan jari ke arah diri kita sendiri....kita selami diri kita....apa yang kita dah buat dlm masa 1 hari...dari awal mula kita terjaga dari kematian sementara yang Allah benarkan untuk kita bernafaz semula...sehingga kita terlelap semula...cuba kita renungkan apa yang kita dah lakukan dalam masa 1 hari.....dari pagi sehingga ke malam.....berapa yang kesalahan dan kebaikan yang kita dah lakukan dlm masa 1 hari itu.....mari kita renungkan bersama....mr ej bukan mahu mengata or manguris sesiapa...baek yang hidop ataupon yang sudah meninggal dunia....sebabnye mr ej pon sama mcm korang semua......mari kita sama2 berpikir n bermuhabah diri kita bersama...insyaAllah semoga Allah memberi jalan dan petunjuk yang baek untuk kita semua...AMIN.


muhasabah diri daripada ArtikaL inieyh

* themrej.blogspot.com *

Wednesday, December 22, 2010

MOTOR SHOW 2010

ASSALAMUALAIKUM
12 DECEMBER 2010
HARI TERAKHIR MOTOR SHOW di PWTC kawan2 mr ej ajak pegi....mr ej pon layan jerw...lagih pon memang tak ade kjer pon weeknd tuh....asyik lepak kt umh jerw...sesekali usya kjer best gak walaupon dah tahu tak mampu nk beli der....huakhuak....mmb mr ej si AHMAD AZIZI LAPTOP namanya yang ber"iya" sangat nk pegi....die nk g usya video yang die buat utk HONDA...die kjer cmpny periklanan..so bos die memberi die tanggungjawab utk menselesaikan video utk PIHAK HONDA....tanggung jawab bosar tuh....kitorang g pas lunch....lunch ikan bakar area shamelin....best....huhuhu.....ktorg smpai area PWTC...bapak ramai gler org...yer lah kn....hari last motor show....mst lah masing2 tak nk lepaskan peluang usya kete2 luar biase der...ktorg dapat park kete pon hentian duta.....susah betol nk park kete pon...brebut siaw2...best jgk dpt usya kete2 hebat kt dlm motor show nieyh...awek2 pon sgt2 menarik.....hehehhehehhe.....

papehaL u All layan dulu.....chilL -MR Ej-

dari kiri: awie,ummi and ahmad azizi laptop

jebat terhebat

satu2nya keluaran malaysia sateia neo turbo campro

Lotus sama cantik mcm awek tuh kn

awokkkkk...terbaek der

garang glez r....masyuk

bahagian belakang....smart kn..

i like....hakhakhakhkhakhakak

tak mampu nk pkai nieyh

sama hebat rite

pagkage....beli kete nieyh dpt awekz skali

bukan 3orang tuh jer...nieyh ade lagih...pagkage 7 org tuh...siaw2

chilL....hard n sexy..e2 yang penting

hot n sexy...

awek comel....minat jgk mr ej kt model nieyh

my gurLfrez

sama padan rite..hakhakahkahkak

bagai pinang di belah dua...pehhhhh

kete BATMAN pon ade jgk der

ini kete lame da kua....lagih mau masuk motor show ker?mujur awek cantik

hatiku terpaut pada si die

bro...jage perot skit der

TUAH...bertuah lah sape dapat pkai kete keluaan malaysia nieyh

my new gurLfrez.....chilL rite

* themrej.blogspot.com *

funny video game baby Commercial kung fu baby

monyet pegang susu awek

Kisah Benar - Monyet Buli Harimau

kat dada pun ada peta? saksikan lah

lawak: awek arab yang gatal mesti lihat


Talking Currency

tukar selera

Tuesday, December 21, 2010

Perfume TERBAEK PACO RABANNE GURL N GUY



wangian terbaek....bleh buat koleksi lelaki
sebabnya aku salah seorang pemilik parfume nieyh ^^

wangian terbaek yang sangat mengairahkan...chilL

* themrej.blogspot.com * 

Kristal&Stacy-Bring me to life@Jangan Tidur Lagi


gabungan hebat.....chilL glerz lah.......siaw2







REsePi MengGapAi ImpiaN


Semua orang mempunyai cita-cita tapi kebanyakannya tidak berjaya. Mengapa orang yang bercita-cita besar tidak maju-maju? Mengapa langkah kita tersangkut? Apa yang membuat kita gagal? Kita terus berfikir positif, terus memotivasi diri mereka tapi kita tidak kemana-mana …
Ini dia masalahnya:
1. Terlalu lama berfikir tanpa sebarang langkah ternyata tidak akan membawa kita kemana pun. Semua ada risiko, cepatlah memutuskannya, setiap keputusan pasti ada risiko dan risiko tersebut harus kita terima. Tempuhilah semua tanpa penyesalan!
Atau jadikan cita-cita kita itu hanya sekadar angan-angan kosong dan esok bersambung angan-angan tadi dan terus menjadi angan-angan yang panjang.
2. Kita mesti sedar kewujudan kita di bumi ini hanya sementara, terlalu banyak perancangan baik yang tidak tercapai hanya kerana kita tidak menetapkan timeline dalam perancangan kita. Kita terus menunda, sementara waktu terus berjalan. Beberapa kali kita terus berdalih: “Belum waktunya, harus bersabar, perancangan belum cukup, belum dapat gerak hati dari Allah”
3. Malas dan suka menunda adalah penyakit yang negatif. Kejayaan tidak datang dengan bergolek, mesti ada usaha! Apa pun silalah menunda, 5 tahun dari sekarang anda akan masih tetap sama dengan sekarang ini.
4. Kita memerlukan orang-orang yang tepat untuk maju. Kadang-kadang kita tidak boleh menjadi maksimum dalam persekitaran yang tidak boleh membuat kita menjadi maksimum. Terlalu lama berendam di kolam yang kecil membuat kita jadi lembik dan terus merasa puas kerana menjadi yang cukup di pertandingan di kolam kecil itu. Kita harus keluar dan melihat keluar, lihat dan tataplah lautan luas! Masih banyak ikan yang lebih besar dari kita, rasa puas yang kita miliki adalah kepuasan sementara!
5. Jauhi dan buang semua halangan. Ada banyak halangan untuk maju, seperti orang-orang yang tidak tepat, kesenangan sekejap, kegiatan yang tidak berguna, semua perkara yang mengganggu konsentrasi, semua perkara yang mengganggu dalam berfikir. Lebih baik dihilangkan, karena what lies ahead is bigger than you ever expected when you have a strong will! Too much useless things will kill your time, when you kill your time, no result, no outcome, you are going no where.
6. Tidak suka belajar anda akan tetap menjadi orang yang “cukuplah ni”. Overestimating yourself surely ruins you. Underestimating yourself won’t unleash the real you! Maka galakkan anda sampai ke titik maksimum anda, maka anda akan tahu sampai dimana dan apa yang mampu anda lakukan. 7. Teori selalu berbeza dengan realiti, jangan panik apabila anda menemui banyak perbezaan. Jangan pernah berfikir semua orang itu baik, bahkan banyak sekali orang yang pasang topeng senyum sementara memegang pisau di balik baju mereka.
Demikian juga dengan prosedur kehidupan, orang lebih suka dengan para manusia yang suka dan pandai bercakap, serta pengampu berbanding orang yang suka berterus terang. Kerana kata-kata manis lebih di dengar berbanding kenyataan.
Apa yang anda inginkan? Apakah yang ingin anda capai? Apapun itu, anda akan terus berkata: “the best is yet to come.” Beberapa orang berkata seperti itu kerana hanya menggembirakan diri akibat dari “the best is never come in your life”.
Berharap hari esok lebih baik dari hari ini, well that’s good. Tetapi, hari esok tidak akan menjadi lebih baik dari hari ini bila anda tidak mengambil tindakan pada hari  ini untuk berubah dan mencapai apa yang anda impikan.
Jika anda mahukan sekarang, kita mesti mulakan langkah sekarang,berubah sekarang.
Progress semestinya jelas dan realistik. Kalau tidak ada progress yang nampak, ertinya anda TIDAK ke mana-mana!
Perancangan yang baik, tidak akan dan tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa tindakan nyata. The Power of NOW! Now or NEVER!

* themrej.blogspot.com * 

KisaH BurunG


Sumardi ke kedai haiwan peliharaan Ajoi melihat-lihat burung yang dijual.
Sumardi: Joi, burung yang pandai menyanyi tu kau jual berapa?
Ajoi : RM100 jer, burung tekukur ni bunyinya merdu bai…
Sumardi: Emm mahal juga yerk..burung yang diam jer tu?
Ajoi: RM200..!
Sumardi: La.. apasal yang diam lagi mahal bro?
Ajoi: Burung ni diam jer pasal dia pencipta lagu burung yang menyanyi tu! Tu dia tengah mencipta lirik lagu baru tu..
Sumardi: ##$%^!

* themrej.blogspot.com * 

Kekuatan Rasulullah SAW dan Formula Kejayaan



Zaman kebangkitan Islam hanya dapat dijadikan kenyataan jika umat Islam menjadikan Rsulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. sebagai contoh atau role model. Di zaman permulaan Islam ketika pengikut Nabi s.a.w. yang sedang menghadapi penganiayaan yang dahsyat, Allah s.w.t.menurunkan khabar suka mengenai kemenangan Islam. Musuh-musuh Islam yang mendengar wahyu itu telah mentertawakannya kerana pada pandangan mereka umat Islam tidak memiliki apa-apa kekuatan. Akhirnya mereka sendiri kehairanan dan bungkam apabila melihat betapa sempurnanya janji-janji Allah s.w.t.yang mendatangkan Qiamat kepada masyarakat jahilliah dan memulakan zaman baru yang penuh keberkatan di bawah pimpinan Yang Mulia Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam memperolehi kemenangan dan kejayaan bukan disebabkan kekuatan senjata, banyaknya harta, tingginya darjat tetapi dengan Keteguhan Iman dan kepatuhan mereka kepada Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w. Kekuatan ini yang telah membolehkan mereka menghadapi penganiayaan, penentangan, kekerasan dan peperangan yang dilakukan oleh mush-musuh Islam dan akhirnya mereka bukan sahaja mengalahkan orang-orang Mekah musyirikin malah turut menundukkan dua super power ketika itu yakni Rom Timur dan Parsi.
Peristiwa ini akan berulang lagi kerana Al-Quran sendiri memberikan gambaran bahawa kebanyakkan kisah didalamnya akan mengalami pengulangan (The history will repeat!). Semua pihak merasakan umat Islam tidak boleh bangkit lagi tetapi Allah s.w.t. memiliki perancangan suci dan Dia telah berjanji untuk mengunggulkan Islam ke atas agama-agama lain. Allah s.w.t. tidak akan membiarkan raksaksa-raksaksa kuasa besaruntuk berterusan menyesatkan dan mendatangkan kerosakan kepada dunia. Allah s.w.t. telah beberapa kali menggoncangkan sistem ekonomi mereka dan mendatangkan dua azab yang besar melalui Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1939-1945). Dan sekarang tidak melalui peperangan tetapi cukup sekadar masalah ekonomi global yang meruncing (2009- ??)
Allah s.w.t. amat mudah untuk membantu umat Islam untuk menewaskan musuh-musuh Islam TETAPI umat Islam mesti terlebih dahulu berusaha untuk memperbaiki kecintaannya kepada Allah s.w.t. dengan mengikuti pesan dan nasihat suci Baginda Nabi s.a.w. Allah s.w.t. memberikan jaminan untuk umat manusia jika mereka ingin dicintai oleh NYA, tiada lain kecuali mengikut langkah-langkah kehidupan dan akhlak Baginda s.a.w.: “Katakanlah, Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintaimu” (3:31).
Sebenarnya inilah kunci sebenar segala permasalahan umat Islam hari ini.
Sebagaimana Allah s.w.t. telah memberi agama Islam kepada manusia maka Allah telah memberikan usaha atas agama, yang mana melalui usaha agama ini, agama akan bersama kita dan apabila agama ada bersama dalam kehidupan kita, maka Allah s.w.t. akan bersama dengan kita.
Maka inilah formula kejayaan dan kebangkitan umat Islam. Jika Allah s.w.t. yakni Pemilik Alam ini telah bersama kita dan mencintai umat Islam, apakah ada kekuatan lain yang mampu menahan kebangkitan dan kemenangan Islam pada abad ini?

* themrej.blogspot.com *

Erti D.U.I.T dalam Islam



D

Kita memerlukan D. D = Doa. Pasti kita perlu doa untuk berjaya di dunia dan akhirat, semua orang di dunia ini mesti berdoa untuk sukses dan jika kita rajin beribadah,pasti doa kita akan dikabulkan Allah SWT.Namun jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang mengetahui.

U

Kita memerlukan U. U = Usaha. Setelah berdoa kita perlu usaha. Doa tanpa usaha bagaikan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. Percayalah walaupun kita berdoa sepanjang hari tanpa berusaha susah doa kita akan terkabul.

I

Kita memerlukan I. I = Ikhtiar. setelah Usaha kita perlu Ikhtiar. Ikhtiar adalah usaha manusia untuk memenuhi keperluan dalam hidupnya, samada material, spiritual, kesihatan, dan masa depannya agar tujuan hidupnya selamat sejahtera dunia dan akhirat terpenuhi. Jika kita telah berusaha tetapi tidak berjaya kita berikhtiar dengan mencari di mana silapnya usaha kita itu dan mungkin juga cara kita berdoa.

T

Kita memerlukan T. T = Tawakal. Setelah kita melakukan yang diatas kita perlu Tawakal. Tawakal adalah pasrah kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Jangan berputus asa jika kita belum ditakdirkan mendapat apa yang kita citakan.
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

* themrej.blogspot.com *

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...