Wednesday, February 2, 2011

Kritikal Pelajar Malaysia Di Mesir Dalam Bahaya

Umumnya, seluruh dunia telah mengetahui krisis yang melanda di Mesir.
Pemerintahan kejam rejim Hosni Mubarak telah membuatkan rakyatnya tidak boleh duduk diam lagi sehingga tercetusnya rusahan besar-besaran menentang pemerintahan Hosni Mubarak. Aku pun rasa gementar jugak apabila mendengar situasi ini berlaku. Apa yang aku tahu terdapat lebih 11,000 rakyat Malaysia kat Mesir yang mana kebanyakkannya adalah pelajar. Banyak juga kan. Berikut adalah keadaan realiti sebenar pelajar-pelajar kat Mesir sekarang. Maklumat ini dihantar oleh salah seorang pelajar di sana yang sempat online sebelum internet disekat sepenuhnya.


Jadi, nampak sangatlah pelajar-pelajar Malaysia kat sana berada di dalam kondisi yang berbahaya. Kerajaan Malaysia seharusnya melakukan tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk akan berlaku. Hanya kerajaan Malaysia sahaja yang menjadi tempat perhubungan buat masa sekarang ini. Kita sebagai rakyat biasa yang duduk di Malaysia, sama-samalah kita berdoa supaya pelajar-pelajar Malaysia kat Mesir berada di dalam keadaan selamat. Amin.


* themrej.blogspot.com *

NASIB PELAJAR KITA DI MESIR


 PERHATIAN KEPADA IBUBAPA PELAJAR GMN MANSOURA

Ini adalah pesanan yang saya terima daripada kumpulan pelajar yang berada di sana:


  •  Mereka akan panggil semua pelajar untuk berkumpul untuk proses evakuasi (belum tahu bila atau bagaimana) menggunakan heller/speaker

  •  Walaupun mereka masih tidak pasti lagi bila, mereka meminta semua pelajar berpindah/menumpang di rumah kawan-kawan yang jarak radiusnya adalah :
                           - Dari kedai MR. MAHMOUD sehingga GMN CENTER.
                           - Lebih tepat lagi RUMAH KAWAN DI KAWASAN ISTAD.
                           - SEMUA PELAJAR yang tinggal di kawasan Gala', Masakin Gam'ah, Samanoudy,   
                             Haiyyu Gam'ah di sarankan berpindah. Demi mengelakkan keciciran atau tidak dapat              
                             informasi yang tepat.

  • SUNGGUHPUN DEMIKIAN, KAMI MEMOHON SEMUA IBUBAPA PELAJAR BERKENAAN MENGHUBUNGI ANAK-ANAK ANDA SENDIRI UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT INI. INI KERANA DIKHUATIRI TIDAK SEMUA DAPAT DI HUBUNGI JIKA RAKAN MEREKA YANG CUBA INFORM PERKARA INI KERANA MASALAH KOMUNIKASI YANG SEDIA MAKLUM.

  • Jika GAGAL untuk menghubungi anak anda melalui handphones, (talian di block, cross line, dan sebagainya) SILA CUBA CALL DARI FIXLINES/TELEFON RUMAH/LANDLINES dengan menggunakan kod negara 002 diawal nombor phone anak anda.
Diharap dapat membantu.
*Mr Ej*

* themrej.blogspot.com *

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...