Wednesday, January 18, 2012

tolong beritahu pada cinta . . .


Tolong beritahu si dia, ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia,
Cinta Agung adalah cintaNya

Tolong nasihati si dia,
Jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia,
Jangan mengingatku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa


Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia,
Aku lebih cintakan Zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana taqwanya

Tolong tegur si dia,
Bila dia mulai mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia
Andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan si dia,
Dia miliki keluarga
Tolong sadarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya


Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita cita blm terlaksana
Tolong sabarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya,
Aku tak mau menjadi puncak kegagalannya
Tolong pesan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia
Aku tak mahu meletakkan dia serba salah dalam mencintai
Tolong khabarkan pada si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia,
Aku sentiasa menjadi penyokong dalam kejayaannya walaupun dari jauh


Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia,
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia,
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.

Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahukannya sendiri
Hanya Engkau Ya ALLAH yang mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya, walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia sekumtum mawar berduri yang senantiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa,
Menunggu di taman larangan dengan sopan-santunnya untuk bertemu seekor lebah yang datang mencarinya dengan usaha yang gigih...




 *alamirie*



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...