Friday, February 3, 2012

Salam Pagi Jumaat



Kita bukannya…
  1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
  2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
  3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
  4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
  5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
  6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
  7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
  8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut




Tapi kita adalah…



  1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
  2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
  3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
  4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
  5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain
  6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati
  7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
  8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama
Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. Setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri. 

*alamirie*

1 comment:

  1. kena praktis puji orang selalu la cmni.hu hu hu >.<

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...