Krisis dan rusuhan di Mesir tercetus sejak minggu lalu berikutan penentangan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun.
Protes terhadap pemerintah yang berkuasa berdekad lamanya meletus bermula di Tunisia diikuti Algeria, Jordan, Mesir, Mauritania dan Yaman.
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat. Orang awam bertempur dengan polis dan tentera. Ramai yang terkorban dan ramai juga yang cedera parah.
2. Internet dan komunikasi telefon bimbit disekat
Kerajaan Mesir telah menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Ini menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini. 5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
4. Pelajar Malaysia dirogol dan dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan laporan di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dan sebagainya. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam ni?
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
*Mr Ej*
No comments:
Post a Comment