Rakyat manakah yang mahukan seorang pemimpin negara yang bersifat kejam untuk memerintah negara mereka?? Pemimpin yang sanggup bersekongkol dengan rejim Yahudi dan Amerika Syarikatdan seorang pemimpin yang tidak membela nasib saudara semuslim yang lain. Makanya, satu demontrasi bantahan besar-besaran telah dilaksanakan oleh rakyat Mesir yang meminta Presiden Hosni Mubaraksupaya meletak jawatan sebagai pemerintah di negara itu.
Sudah tiba masanya bagi seluruh rakyat Mesir untuk hidup di bawah satu sistem politik yang demokratik dalam menjadikan negara Mesir hidup dengan lebih aman dan selasa. Pemerintahan yang bersifat diktator yang dilakukan oleh rejim Hosni Mubarak selama ini telah membangkitkan semangat baru buat rakyat Mesir dan menuntut satu revolusi baru dalam pemerintahan Mesir. Mesej yang sangat jelas ini telah diutarakan beberapa hari yang lalu, seharusnya Presiden Hosni Mubarak sedar bahawa khidmatnya sebagai pemerintah di bumi Mesir tidak diperlukan lagi.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama berdoa supaya apa yang berlaku di bumi Mesir ini tidak akan berlaku di bumi Malaysia yang tercinta ini. Jadikan lah krisis di Mesir ini sebagai satu iktibar di dalam menjadikan kehidupan kita yang lebih aman dan makmur. Semoga krisis yang berlaku di Mesir ini juga akan dapat diselesaikan dengan segera dan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana akan dapat menuntut ilmu seperti biasa. Amin.
semoga Allah Memberkati dan Memberkati......
*Mr Ej*
No comments:
Post a Comment