Tuesday, September 20, 2011

Bini Biniku Gangster 2011 Full Movie Download

Bini Biniku Gangster dengan Taglinenya Lu Langsi Wa Kahwin Lagi merupakan sebuah filem Aksi Komedi yang bakal menemui penonton pada 22 September 2011 ini di seluruh pawagam berdekatan dengan tempat anda. Hari khamis nieyh jer dah...(^_^)

Filem Bini Biniku Gangster dilakonkan oleh pelakon yang tak kurang hebatnya iaitu Shaheizy Sam yang pernah merangkul Pelakon Terbaik FFM23 sebagai Herry dan turut dibintangi oleh Yana Samsudin (Manja) dan juga Intan Ladyana (Reanna). Filem Bini Biniku Gangster ini dengan durasi 92 Minit arahan Ismail bob Hashim. Apa Apa pun sebelum Layan Bini Biniku Gangster Full Movie di pawagam mari kita layan Sinopsis dan trailer dahulu.

Sinopsis Bini Biniku Gangster

Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

 Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam. Jom Layan Trailer Filem Bini Biniku Gangster

~ Mr Ej ~

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...