Showing posts with label Apabila Timbul Perasaan Suka Pada Seseorang. Show all posts
Showing posts with label Apabila Timbul Perasaan Suka Pada Seseorang. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Minat VS Suka

Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.





1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya



*alamirie*

Thursday, December 22, 2011

Apabila Timbul Perasaan Suka Pada Seseorang





"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... KakLang. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.

Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.

"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.

"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"

"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah KakLang... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."

"Aiwahhh.... ko dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai alamirie? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, KakLang ?"

"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".

"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"

************************

Dilema?

Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?

ATAU

Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?

ATAU

Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?

**********************

Apa pilihannya? Keliru?

Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.

Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.

Apa yang penting?

Kesucian jiwa.

"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)

Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.

Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.

Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.

***********************

Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...