Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Hakikat Dalam Kehidupan

~ chilL ~

Cool kan Mr Ej...hehehehe...kne puji diri sendiri lah
kasi semangat untuk diri nieyh teruskan hidup dengan bukak buku baru..
tutop buku lama walaupon pada hakikatnya susah...terpaksa Mr Ej lakukan jugak
ini lah kehidupan kan...tak semua yang kita impikan tuh boleh kita capai
sebab kita hanya mampu berusaha yang menentukan hanya lah Dia.
apa yang berlaku ada Hikmahnya...redha dengan segala ketetapannya
bukan mudah untuk melupakan apa yang kita alami sebelum inieyh...
but kita mesti menghadapinya jugak walaupon diri kita sebenarnya sakit..
cool saja...layan chilL adalah yang terbaek...
melupakan...mustahiL..sangat2 mustahiL...
but sampai bila kita harus or nak teruskan hidup macam tuh...
bukan mudah mengganti..iyer lah...bukan semua orang tahu & faham 
dengan apa yang kita buat dan kita hadapi...
maybe bagi sesetengah orang akan cakap yang Mr Ej nieyh cepat berubah
mudah bagi Mr Ej melupakan dan mengganti kan...
but diorang tak tahu apa yang kita hadapi...
hari2 Mr Ej yang terpaksa melari2 kan diri...bukan mudah
untuk Mr Ej hadapi...Mr Ej stilL Mr Ej yang sama...
dengan masyarakat lagih Mr Ej perlu mengadap...bukan mudah..
macam2 ragam manusia Mr Ej perlu mengadap hari2...
melupakan adalah sesuatu yang mustahil..
Allah menunjukan jalan..then juzt atas diri kita berusaha
tak kan lah kita nk teruskan hidop dengan teruskan mengharap haL yang dah lepas
mustahil...memang mustahil...Allah dah tetapkan mengapa berlaku demikian
semua yang berlaku ada sebabnya...ada hikmahnya..
jangan salahkan takdir...kerana Allah lebih mengetahui lebih dari segalanya..
kita sebagai hambanya hanya mampu & boleh berusaha..segalanya 
adalah ketentuannya...
salahkah Mr Ej nieyh ?...kenapa orang menyatakan salah pada Mr Ej...
sesetengah orang menyatakan Mr Ej nieyh cepat sangat berubah..
begitu mudah Mr Ej mengganti tempat...
adakah orang tahu apa yang Mr Ej hadapi?...takde
takde orang tahu apa yang Mr Ej hadapi..takde orang tahu apa yang berlaku pada Mr Ej
orang hanya boleh mengata...yang menanggungnya adalah Mr Ej
susah,sakit n macam2 hanya Mr Ej yang hadap...
setiap orang ada sejarah dalam hidop..adakah kita tahu sejarahnya
tak semua benda kita berkongsi dengan orang laen rite...
hanya kita yang hadap..hanya kita yang rasa
sudah & senang kita hanya kita yang hadap.
kalau nak ikutkan mulut orang laen memang kita tak boleh nk hidop
apa benda pon kita tak boleh nk buat
hanya di sebabkan mulut orang...sbb tuh Mr Ej tak pernah nk peduli 
kata2 orang...biar lah orang nk mengata sebab mulut orang kita tak dapat nk tutup
manusia nieyh macam2 ragam.
susah & senang kita hnya kita yang hadap..so layan jerw lah...
i'm chilL guy (^_^)


*Mr Ej*

Sunday, April 24, 2011

Tips : Goda - Goda Pasangan Suami / Isteri

(untuk bacaan yang dah berkahwin saje)


gambar ini adalah sekadar hiasan sahaja


Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan.  Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit 
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibukdan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang. 
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudiansemasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air. 
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketikaitu anak anda sedang tidur. 
Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi janganbesar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintutu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’
5. Tersentuh tangan. 
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.
6. Urut mengurut. 
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual. .
7. Usik melalui telefon. 
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bilasudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada andaperkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan. 
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nakjuga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.
9. Betul-betulkan rambut. 
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buatdengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang. 
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan. 
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apasalahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas 
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepasmandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasahendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jeling 
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknyamenambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pulapada anda.
14. Gesel-gesel 
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergeseldengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini jugaboleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit 
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampaimerah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes nayajadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga. 
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika dudukbersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik kerumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasadirinya lebih disayangi.
17. Ciuman di dahi 
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu- tunggu lagi.
18. Sembur wangian pada bilik. 
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Olehitu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.
19. Tolong betulkan baju 
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkanpakai annya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar sidia.
Selamat mencuba.
gambar ini sekadar hiasan sahaja


*Mr Ej*





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...