Wednesday, April 6, 2011

JAWATAN KOSONG

BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, peneraju dalam perkhidmatan Berita dalam dan luar negeri mempelawa calon yang berkelayakan bagi mengisi jawatan:

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

Kelayakan:
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai kelayakan Diploma Pengurusan Sumber Manusia / Diploma Pentadbiran Awam / Diploma Pengurusan Perniagaan / STPM yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Berkemahiran berkomunikasi dengan baik.
Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 11 APRIL 2011 ke alamat berikut:
Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
No.28 Jalan 1/65A,
Off Jalan Tun Razak
Peti Surat 10024,
50700 KUALA LUMPUR
(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga)

*Mr Ej*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...