Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, March 5, 2012

AKU MASIH SIMPAN CINTA INI

* segalanya di sini ~

Bila berbicara tentang hati dan perasaan. Manusia mana yang takdak perasaan? Cuba habaq mai. Even binatang pun ada perasaan. Tapi macam mana kita nak uruskan perasaan tu?Adakah kita terlalu leka dengan dunia, kita terikut-ikut trend yang membuatkan kita dibuai-buai oleh perasaan sendiri. Kadang-kadang tak ke mana pun. Dan kadang-kadang kita dilema dengan perasaan kita.
Aku dah berusaha menjahit hati aku sendiri. Takmau terus membazirkan cinta ini untuk yang bukan mahu memilikinya. Aku berusaha meminta hati yang baru dari Allah, agar aku tak terikut trend zaman sekarang ni. Ramai yang bercinta sebab hanya orang lain pun bercinta. Tapi tak ramai yang meletakkan syarat bercinta lepas kahwin.
 
Ramai yang bercouple. Fenomena yang dah jadi kebiasaan, love is in the air. Ya, kadang-kadang cinta yang kita sendiri pun tak pasti sejauh mana haluannya. Ada yang bercinta lama, 7,8 tahun. Lama tu. Tapi, masih terasa kekosongan dalam hati. Berkahwin hanya 3,4 tahun lepas tu dah tak sehaluan. Apakah yang dinamakan cinta?

Dalam bercinta ni, kena ada redhanya. Cintailah pada yang sepatutnya. Jangan bazirkan cinta kita. Sesuatu yang bernilai hanya untuk sesuatu yang tak ternilai. Tak ramai yang mendahulukan cinta pada yang Esa. Sedangkan bila ditanya, pada siapa sepatutnya cinta yang paling agung? Semuanya akan kata PADA YANG ESA. Tapi, amal tak semudah cakap.
 
Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Allah. Mengapa kita berjumpa? Itu juga klu dari Allah. Macam mana perasaan kita, kita yang menjaganya. Jangan disia-siakan untuk orang yang tak sudi dan hanya mempermainkan kita. Cinta itu wujud untuk orang yang mahu menerima dan mahu mendalami. Syukran. Cinta aku masih aku simpan kukuh untuk seseorang yang akan hadir suatu hari nanti.



P/S: Memetik kata seorang kawan "~ If you luv something, set it free. If it comes back, it's yours. If it does not come back it was never meant to be."
 
* alamirie.com *

Sunday, January 22, 2012

Istikharah Cinta..


Jika diukir dengan segala bahasa
Cinta itu masih tiada sastera buatnya,
Jika dilukis dengan segala warna,
Cinta itu masih tiada citra baginya..
===========================
Tiadakah kerna cintakan tuhan
Insan berkorban dan terkorban?
Tanpa cinta lenyaplah agama
===========================
Tidakkah kerna cintakan anak
Ibu lupakan segala kehendak?
Tanpa cinta pupuslah manusia
===========================
Tidakkah kerna cintakan kekasih,
Insan sanggup hidup tersisih?
Tanpa cinta muramlah suasana


Tidakkah kerna cintakan negara
Rakyat sanggup hidup sengsara?
Tanpa cinta hapuslah segala warga
===========================
Dari akar mekar rasa cinta
Lahirlah jiwa mesra dan manja
Dari akar mekar rasa cinta
Bahagia dan sengsara menjelma
Dari akar mekar rasa cinta
Munculnya tawa dan air mata
===========================
Cinta jika ditentang halang
Terbentanglah selendang perjuangan
Semaraklah gendang kebangkitan
===========================
Cinta itu makhluk tuhan
Penuh keajaiban
Penuh kehairanan
Penuh kenikmatan
Penuh kesakitan
Penuh kesyahduan
Penuh keharmonian
Namun cinta tetap keperluan
Tanpa cinta pincanglah alam….
===========================





*alamirie*

Thursday, January 19, 2012

adakah ini pengahkhiran Cinta . . .

Kadang hati kita rasakan amat dekat pada seseorang, tapi sebenarnya dirinya semakin menjauh dalam satu kisah cerita yang kita tidak tahu.. Walau setiap nafasnya mampu kita dengar, tapi hatinya tiada ruang untuk kita selami...



Dalam kepayahan aku mengungkap
kata cinta,
Ada kemudahan kita merasai nilainya

Dalam keberangkalian kita berpisah
tanpa kepastian,
Ada kemungkinan kita menjalin
hubungan cinta yang berpanjangan

Kemungkinan juga kini kau
meminggirkan aku dalam sebahagian
hidupmu
tetapi adakah keberangkalian
sekelumit perasaan kau menerima
aku kelak untuk berkongsi kehidupan...

Adakah benar segala kemungkinan dan
keberangkalian ini?

Berikan aku kepastian…..

Bak kata Ust Hasrizal di dalam bukunya ” Aku Terima Nikahnya”:

""  Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa,       tapi mengingati cinta secara melupakannya!   "" 

*alamirie* 

Wednesday, January 18, 2012

tolong beritahu pada cinta . . .


Tolong beritahu si dia, ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia,
Cinta Agung adalah cintaNya

Tolong nasihati si dia,
Jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia,
Jangan mengingatku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa


Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia,
Aku lebih cintakan Zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana taqwanya

Tolong tegur si dia,
Bila dia mulai mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia
Andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan si dia,
Dia miliki keluarga
Tolong sadarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya


Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita cita blm terlaksana
Tolong sabarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya,
Aku tak mau menjadi puncak kegagalannya
Tolong pesan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia
Aku tak mahu meletakkan dia serba salah dalam mencintai
Tolong khabarkan pada si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia,
Aku sentiasa menjadi penyokong dalam kejayaannya walaupun dari jauh


Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia,
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia,
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.

Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahukannya sendiri
Hanya Engkau Ya ALLAH yang mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya, walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia sekumtum mawar berduri yang senantiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa,
Menunggu di taman larangan dengan sopan-santunnya untuk bertemu seekor lebah yang datang mencarinya dengan usaha yang gigih...




 *alamirie*



Friday, December 23, 2011

Andai Kamu Ingin Memberi Cinta


CINTA. Istilah ini amat popular. Ia mudah dikata tetapi sukar dimengerti. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. Ada getaran di suara apabila menyebutnya, ada gambaran indah di layar minda apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkala menghayatinya.

Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai. Atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta. Namun ia juga sering disalah anggap kerana cinta biasanya dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan yang mengasyikkan. Dalam ertikata lain, cinta di alam remaja yang disebut sebagai 'cintan-cintun'.

Tetapi, apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan, kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibubapanya, kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung, negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.

Dalam pada itu, oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut, ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan. Bahkan, adakalanya ia menjadi begitu murah. Kerana apa? Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan, kita sebenarnya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta. Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita sendiri akibat tidak menyelami sanubari.

Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain. Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata kerana kita lihat orang lain bercinta. Pendek kata kerana kita tidak mahu ketinggalan. Kita menyukai sesuatu kerana lihat orang lain suka. Kalau orang lain ada kekasih, kita pun mahu kekasih sedangkan kita belum bersedia untuk menyintai.

Kalau orang lain menggilai gajet komunikasi seperti Blackberry, kita pun turut suka walaupun kita hanya gunakan alat-alat itu untuk kegunaan asas seperti menelefon dan mengirim teks sahaja. Bila kita tidak gunakan sepenuhnya fungsi e-mel, PDA, internet, musik dan video dalam Blackberry seperti mereka, itu hanya cinta ikut-ikutan. Kalau kita katakan yang kita cinta pada alam tetapi hanya dengan menanam sebatang pokok sebagai simbolik, itu belum lagi dinamakan cinta. Cinta ikut-ikutan akan cepat pudar dan membosankan diri kerana ia hanyalah kesukaan luaran. Esok, lusa, kita akan mencari cinta yang lain.

Cinta apabila 'ada' juga bukan cinta luhur kerana ia ada kepentingan. Orang kata, ada wang sayang abang, tiada wang abang melayang. Ertinya, cinta itu hanya datang apabila ia memenuhi kehendak kita. Andainya cinta kita tidak dibalas setimpal dengan apa yang diberi, maka ia mudah diketepikan. Cinta pada pasukan bolasepak Malaysia selagi mereka menang tetapi membencinya sekiranya mereka tewas dan melukakan hati kita, itu belum cinta namanya.

Ada kalanya, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyintai, tapi sebenarnya cinta itu sudah lemau. Oleh kerana ingin menjaga prinsip dan nilai kesetiaan serta tanggungjawab, maka kita memaksa diri. Tanpa disedari juga mungkin kita berlakon suka. Kita boleh temui cinta suami dan isteri yang sudah rutin. Di meja makan restoran, si isteri ber SMS dan si suami membaca akhbar. Tanpa senyum-senyuman, tanpa lirik melirik, mereka menghabiskan makan malam dan keluar dari restoran dan melangkah beriringan sedepa jauhnya. Kononnya, mereka sudah makan malam bersama.

Memberi cinta secara ikut-ikutan, cinta tatkala ada dan cinta hingga memaksa diri adalah cinta yang tempang. Ia tidak menyeluruh. Sebaliknya, memberi cinta dan menyintai secara tulus ialah apabila kita menyukai sesuatu kerana perasaan kita sudah jatuh kepadanya. Memberi cinta bukan kerana baiknya, malah menerima keburukannya sebagai satu pakej.

Kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas. Umpama seorang pelukis dengan lukisannya; dia tetap akan menyintai lukisannya meskipun lukisannya tidak boleh membalas cintanya. Memberi cinta yang luhur akan terus kental dan tidak berpaling arah meskipun yang lain datang menguja. Bagai cinta ibu pada si anak, walaupun apa pun cacat celanya anak, si ibu tetap mekar dengan cintanya.
Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.

Paksi cinta juga mestilah seiring cinta kita kepada ALLAH SWT. Ia bukan memberi cinta kerana ikut-ikutan atau taklid. Ia bukannya menyintai kerana memperoleh hidayah dan hilang cinta apabila menerima musibah. Bukan juga menyintai dengan melakukan ibadah kerana ia tanggungjawab semata-mata. Cinta yang hanya menggunakan akal fikiran dan tidak disertai dengan perasaan telah mengenepikan ciri utama cinta - jiwa yang halus tempat asal di mana cinta itu membenihkan bibit-bibitnya.

*alamirie*

Sunday, November 20, 2011

Ayat-Ayat Penipu Cinta

~ chilL ~

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh jadi lelaki yang bertanggungjawab, saya sedia terima”.
Ayat-ayat Sebenar: “Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh TANGGUNG saya, sudah cukup.”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Itu abang angkat saya.”Ayat-ayat Sebenar: “Itulah boyfren saya yg ANGKUT saya ke sana ke mari.”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yg selalu bagi kejutan.”
Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang selalu bagi HADIAH YANG MAHAL-MAHAL.”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yang memahami. Jika memiliki kekasih yang memahami, hubungan akan kekal.”Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang memahami kehendak saya. Jika memiliki kekasih begini saya sanggup utk BERSAMA LAMA. Satu kerana dia tahu apa beg kesukaan saya. Kedua dia tahu saya suka makan di mana dan dia akan belanja saya. Dan yang paling penting dia tahu belikan mana satu jenama baju kegemaran saya!”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat.”Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat, supaya saya boleh KIKIS SIMPANAN mereka!”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya tak boleh reply, kredit habislah bang. Tadi call mak di kampung. Nak top-up duit takde. Abang boleh top-upkan?”Ayat-ayat Sebenar: “Kredit dah habis sebab bergayut dengan jantan lain tadi. Abang boleh top-up kan?”

*alamirie*

Wednesday, August 17, 2011

boleh ker dalam masa 30 hari melupakan cinta?

~ I'm ALoNe ~
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Pagi nieyh Mr Ej nk kongsi sesuatu yang agak menarik jgk lah
1 blogger nieyh...dia punya header menarik perhatian Mr Ej
boleh ker apa yang dia buat nieyh...?
boleh ker melupakan cinta hanya dalam masa 30 hari?
agak mustahil rasanya
sebabnya Mr EJ cakap macam tuh...Cinta itu sentiasa hidup dalam diri kita
orang yang cakap boleh melupakan cinta itu sebenarnya 
dia mahu sembunyikan dari dirinya sendiri...
sampai bila mahu menipu diri sendiri?
tak guna pon kita hidup untuk menipu diri sendiri..inilah yang di katakan 
*kalau tak pandai menipu, jgn cuba menipu rite?


entah lah...pendapat orang berbeza2..macam2 ragam rite
korang boleh usya sendir lah...
hanya klik di sini ( KLiK )

nak melupakan cinta tak mungkin terjadi kowt..
but nk mengelak dari selalu megingati..insyaAllah boleh...
usaha tangga kejayaan rite..insyaAllah
pecaya dan jangan lupa padanya yang maha Esa
insyaAllah.

*Mr Ej*

Wednesday, June 29, 2011

22 hari lagih........

~ Sementara Masih Ada Waktu ~

sedar tak sedar aku hanya ada 22 hari jerw ag...
aduhhh,..begitu cepatnye masa berlaLu
kalu boleh di undurkan masa...nk sgt2 aku undurkan masa tiga tahun lepas
kerugian untuk aku dah skunk nieyh
apa lagih boleh aku buat...
mcm mana aku nk hadapi pon aku tak tahu
mati lah cmneiyh
gila-gila...memang gila
dah tak ada waktu yang panjang untuk aku
kepala nieyh dah serabut gila dah nieyh..
tension glerz
hari2 aku pening..sakit kepala
darah pon dah naek tinggi
aduuuhhhh
nostaLgia...suka duka sume banyak dah aku lalui
skunk tinggal saat2 genting...kalah genting hland
skunk..aku hanya ingin bersama...berdua tanpa ada orang laen di sekeliling...hanya berdua..tanpa ada gangguan...saat bersama untuk aku dah genting sangat2...boleh ker saat aku  impikan ini aku dapat..masih ada ker ruang yang aku impikan ini...pengharapan aku...aku mengharapkannya...

aku impikannya...
aku tahu semua haL tak mustahil untuk aku dapat...ada ruang jika ada yang sudi beri aku ruang untuk impian aku inieyh kan...aku hanya mampu berharap dan mengharap sangat unutk aku mendapat kan apa yang di impikan ini sementara masih ada waktu...walaupon masa skunk dah sangat2 singkat dan genting untuk aku dan dia.

tak salah untuk aku terus mengimpikan ruang untuk itu kan... harap2 tuh adalah...insyaAllah...
aku masih menunggu dan akan terus menunggu..................................................

*coretan pengharapan......mengharap........

*Mr Ej*

Tuesday, June 28, 2011

Kata Orang DuLu - DuLu

~ Sementara Masih Ada Waktu ~

Mr Ej teringat kata2 orang dulu-dulu..
untuk mencari pasangan hidup

*Cari Lah seseorang yang menyayangi dan mencintai kita lebih daripada kita sayangkan dan cintai dia kerana seseorang yang sayangkan kita lebih dari sayang kita padanya insyaAllah dia akan sanggup lakukan apa saja yang terbaek untuk kita...biarpon sesuatu yang susah ataupun perit..dia sanggup lakukan apa saja..sanggup hadapi apa saja..sanggup berkorban apa saja... untuk mencapai kebahagiaan bersama...
ingatlah bahawasanya...jika kita memperolehi CINTA seseorang itu...kita adala manusia yang sangat2 bertuah kerana..dalam cinta ada packagenya..dalam cinta adanya sayang, adanya rindu,..adanya kasih..ada semuanya...
Tetapi jika kita dapat SAYANG dari seseorang itu..maksudnya kita tak mendapat cinta darinya..sayang dan cinta sesuatu yang berlainan..dapat sayang tak mendapat package macamana orang yang mendapat cinta...
kita boleh sayang semua orang di sekeliling kita tetapi kita hanya mampu mencintai seseorang sahaja di hati kita.

*boleh percaya ker kata-kata orang dulu-dulu nieyh ?
tepuk dada tanya hati lerw...

*Mr Ej*

Saturday, May 7, 2011

Tips : 7 Cara Mudah Atasi Kekecewaan Putus Cinta

Malam tadi saya terima satu es em es daripada seorang kawan. Es em es beliau mengatakan yang dia telah putus cinta. Situasi ini jugak banyak berlaku di facebook. Status di update dalam keadaan marah, manja, kecewa, ketawa, gembira dan sedih. Ini semua disebabkan satu perkataan iaitu CINTA.
Sudah menjadi adat orang bercinta, gaduh ala ala hindustan sudah menjadi kemestian. Cuba anda bayangkan ikatan perkahwinan suami isteri pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa sebarang ikatan. Dengan hanya satu sebab, bila cinta itu tidak indah lagi seperti yang diimpikan pada awalnya.
Cinta ini sangat aneh kalau anda hendak tahu. Ianya sangat sukar untuk diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan. Kita selalu dengar orang mengatakan cinta kepada seseorang hanyalah cinta sementara dan cinta yang kekal adalah cinta kita kepada-Nya. Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama dan ke arah yang sama iaitu mencari cinta Ilahi agar sesebuah ikatan itu diredhai-Nya.
Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sungguh pahit untuk ditelan dan sakit untuk diubati. Apa yang pasti kecewa akan mengambil alih perasaan itu. Panas yang ku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Nah, tujuh cara mudah untuk atasi kecewa putus cinta!
  1. Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa
  2. Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih
  3. Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat
  4. Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif
  5. Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan kawan
  6. Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda
  7. Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang
Ada juga yang mengatakan dengan menanam sifat benci terhadap bekas pasangan kekasih kita dengan cara menulis seberapa banyak perkara buruk tentang dia dapat membantu untuk melupakannya. Pada pandangan saya, cara itu adalah silap. Semakin kita benci semakin kuat perasaan itu menguasai anda. Benci tapi rindu terutamanya cinta itu adalah cinta pertama anda.


Walaupun anda sudah berkahwin untuk 40 tahun lamanya, tetapi luka putus cinta anda 41 tahun yang lepas pasti masih terasa. Jadikan diri anda tuan cinta bukannya hamba cinta.

 *Mr Ej*

Friday, May 6, 2011

Kisah Benar : MOraL UtK LeLaKi *Jangan Lambat Untuk Menyatakan Isi hati


         Ini kisah benar. Kisah diriku 8 tahun lepas. Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatakan lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya.

        Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)

       Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....

     Aku sebenanrnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha.... Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku!

           Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo!

     Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..

      Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai). Dekat FACEBOOK, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni.

        Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni. Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcmserba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.

  Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je.

Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu.

         Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin,  tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak.


Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.

"Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke?"

Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan.

"Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?"

Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu. Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun  ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia.

"Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."

Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak. Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu.

"Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."

             E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki.

"Salam. Nak cakap dengan isteri saya?"

"Salam. Isteri?"

"Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"

Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?

"Hello?"

"Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call. Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"

Aku rasa kelam masa tu. Mesti gadis tu cukup sabar menanti aku selama ni. Sekarang nombor aku pun dia dah tak simpan lagi.

"Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"


       Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.

klik disini (KLIK)
Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi2 lelaki, kita memang tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diorg tak ckp, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada org yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita.

*Mr Ej*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...